Followers

Saturday, August 6, 2011

Kaki Judi Mati Lemas Terjun Sungai Elak Di Tangkap Polis

Ini tempat Siam main judi, melayu sama join. Bulan Ramadhan pun nak buat aktiviti, dah mmg kaki judi....tak kira bulan apa....

So far dah jumpa 5 mayat smp ptg tadi.........yg dh kena tangkap sbb tak tejun pun ramai...la ni semua dok lokap..nasib tak baik lah kpd mereka yg lari dr polis terjun kt dlm sungai tempat org ambik pasir tu, arus kt bawah mmg deras..

apa2 pun semoga diambil iktibar kpd pakcik2 yg lain yg tak terkena smlm..


http://www.reskrimum.metro.polri.go.id/data/imgnews20100709172119.jpg
Gambar hiasan

SUNGAI PETANI: Dua lelaki mati lemas manakala seorang lagi hilang selepas terjun ke dalam Sungai Muda untuk menyelamatkan diri daripada polis yang menyerbu sekumpulan lelaki yang bermain judi di Kampung Kuala Lengkuas, Bukit Selambau, di sini, semalam.

Ketua Polis daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali, berkata mayat kedua-dua mangsa ditemui terapung di sungai berkenaan, kira-kira pukul 3 petang dan 5.50 petang ini oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang mencari mereka sejak pagi tadi.
Beliau berkata, seorang berbangsa Melayu berumur 43 tahun dan seorang lagi keturunan Siam berumur 60 tahun.
Mayat kedua-dua lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk bedah-siasat.

Pasukan Polis Bukit Aman yang membuat serbuan itu berjaya memberkas 12 lelaki bagi membantu siasatan kerana disyaki berjudi, katanya.

Hashim yang dihubungi petang ini berkata, gerakan mencari dan menyelamat seorang lagi lelaki yang terjun ke dalam sungai itu masih dijalankan oleh anggota Bomba dan Penyelamat.

Sementara itu, seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Pian berkata lelaki yang lemas itu bersama rakan dikatakan bermain judi di kawasan semak hujung kampung tersebut kira-kira 6 petang semalam.
"Selepas menyedari anggota polis membuat serbuan, dia bersama beberapa lagi rakannya melarikan diri dan terjun ke dalam sungai untuk mengelak daripada diberkas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Pian berkata, kumpulan lelaki itu dikesan bermain judi di kawasan tersebut sejak beberapa minggu lalu. - BERNAMA

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates