Friday, May 6, 2011

300 hampir terperangkap di Bukit Bendera


~Wajah Baru~

Bukit Bendera (Exterior view)

~Keretapi yg lama~

GEORGETOWN:Selepas sembilan hari beroperasi setelah ditutup selama setahun untuk kerja menaik taraf yang membabitkan kos RM73 juta, perkhidmatan Kereta Api Bukit Bendera, dihentikan semula sejak kelmarin akibat masalah teknikal.

Kali ini, perkhidmatan dihentikan sehingga diberitahu kelak berpunca daripada kegagalan mekanikal akibat kerosakan penyambung elektrik selepas sekumpulan anjing liar menceroboh masuk ke bawah landasan kereta api.

Masalah itu dikesan kira-kira jam 4.30 petang kelmarin ketika kira-kira 300 pelancong masih berada di puncak bukit. Bagaimanapun,mereka dibawa turun dengan selamat kerana kereta api masih boleh beroperasi sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan.

Pengurus Besar PHC, Datuk Lee Kah Choon, berkata pemeriksaan lanjut dilakukan dan mendapati kepingan kabel rosak selepas terkena objek serta siasatan menunjukkan ia dilanggar oleh sekumpulan anjing liar.

Katanya, ini menyebabkan kabel berkenaan tidak mengalirkan elektrik, mengakibatkan sistem pendingin hawa kereta api tidak dapat berfungsi. Masalah itu tidak begitu serius kerana kereta api masih boleh beroperasi.

“Kerosakan yang berlaku tidak begitu serius kerana kereta api masih boleh bergerak seperti biasa, namun pemeriksaan lanjut perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar, termasuk kemungkinan disabotaj.

“Ketika ini tumpuan untuk membaiki kerosakan secepat mungkin dan perkhidmatan kereta api akan beroperasi semula secepat mungkin,”katanya kepada pemberita di stesen bawah Kereta Api Bukit Bendera disini, semalam.

Kereta Api Bukit Bendera beroperasi secara rasmi sejak 25 April lalu setelah kerja menaik taraf, termasuk menggantikan landasan serta menggunakan kereta api elektrik buatan Switzerland.

Sementara itu, seorang pelancong Itali, Paula Pizzi, 50, berkata dia terkejut sebaik tiba di stesen bawah kereta api berkenaan jam 11pagi semalam apabila perkhidmatan kereta api dihentikan sementara.

Dia adalah antara pelancong yang kecewa apabila hasrat mereka untuk menaiki kereta api tidak kesampaian semalam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates