Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Gua Kelam Perlis

Jalan-jalan cuti kat Perlis kami singgah di Gua Kelam..selama 30 tahun plus aku hidup kat utara ni ler pertama kali aku p Gua Kelam...


Terdapat pelbagai tarikan yang menarik boleh di dapati oleh para pelawat sepanjang berada di Gua Kelam. Antaranya sebuah Galeri yang telah dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri untuk mempamerkan koleksi artifak, kegunaan dan bahan-bahan sejarah yang berkaitan perlombongan bijih timah. Selain itu sebuah keretapi mini yang mempunyai 10 buah gerabak dengan kapasiti penumpang 20 orang turut disediakan kepada pengguna. Perjalanan menaiki keretapi ini mengambil masa kira-kira 30 minit untuk satu trip perjalanan dengan jarak sejauh 400 meter. Sumber [Tourism World]

OK nak dijadikan cerita, skrg ni Gua Kelam dah tk boleh masuk yer. Tak tahu sampai bila. Aku pulak tak tahu, dah laa drive 2 jam lebih tau dari rumah aku ni semata-mata nak p Gua Kelam...nasib baik sempat singgah Padang Besar...sopink handbag..hehe...kalau tak mmg sakit ati laaa....dlm web pun tak der tulis kot ditutup skrg...sbbnya haritu banjir, air dah melimpah merosakkan landasan ketapi dlm tu......awal tahun dulu pun ditutup sbb virus kencing tikus.....tak tahu la plakk semua ni....isk isk....







Ni jelah aktiviti anak2 aku...

Friday, May 6, 2011

300 hampir terperangkap di Bukit Bendera


~Wajah Baru~

Bukit Bendera (Exterior view)

~Keretapi yg lama~

GEORGETOWN:Selepas sembilan hari beroperasi setelah ditutup selama setahun untuk kerja menaik taraf yang membabitkan kos RM73 juta, perkhidmatan Kereta Api Bukit Bendera, dihentikan semula sejak kelmarin akibat masalah teknikal.

Kali ini, perkhidmatan dihentikan sehingga diberitahu kelak berpunca daripada kegagalan mekanikal akibat kerosakan penyambung elektrik selepas sekumpulan anjing liar menceroboh masuk ke bawah landasan kereta api.

Masalah itu dikesan kira-kira jam 4.30 petang kelmarin ketika kira-kira 300 pelancong masih berada di puncak bukit. Bagaimanapun,mereka dibawa turun dengan selamat kerana kereta api masih boleh beroperasi sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan.

Pengurus Besar PHC, Datuk Lee Kah Choon, berkata pemeriksaan lanjut dilakukan dan mendapati kepingan kabel rosak selepas terkena objek serta siasatan menunjukkan ia dilanggar oleh sekumpulan anjing liar.

Katanya, ini menyebabkan kabel berkenaan tidak mengalirkan elektrik, mengakibatkan sistem pendingin hawa kereta api tidak dapat berfungsi. Masalah itu tidak begitu serius kerana kereta api masih boleh beroperasi.

“Kerosakan yang berlaku tidak begitu serius kerana kereta api masih boleh bergerak seperti biasa, namun pemeriksaan lanjut perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar, termasuk kemungkinan disabotaj.

“Ketika ini tumpuan untuk membaiki kerosakan secepat mungkin dan perkhidmatan kereta api akan beroperasi semula secepat mungkin,”katanya kepada pemberita di stesen bawah Kereta Api Bukit Bendera disini, semalam.

Kereta Api Bukit Bendera beroperasi secara rasmi sejak 25 April lalu setelah kerja menaik taraf, termasuk menggantikan landasan serta menggunakan kereta api elektrik buatan Switzerland.

Sementara itu, seorang pelancong Itali, Paula Pizzi, 50, berkata dia terkejut sebaik tiba di stesen bawah kereta api berkenaan jam 11pagi semalam apabila perkhidmatan kereta api dihentikan sementara.

Dia adalah antara pelancong yang kecewa apabila hasrat mereka untuk menaiki kereta api tidak kesampaian semalam.

Sunday, May 1, 2011

Ostrich Farm Perlis

Jalan2 cuti kali ni ke Perlis.....dari Padang Besar nak ke Gua Kelam, kami singgah kat ladang ostrich ni...
beli kangkung seringgit bg burung unta ni makan.....ganaz juga natang ni makan...hehe...ragutz kangkung tu pelahap betul!
Kulit burung untu dikira by kaki persegi...mahal woo....bulu dia pun mahal..patutlah ada yg togel2...rupanya bulunyer kena cabut...hehehe...tp tgk info bulunyer di guna pakai dlm industri otomobil dan pengkomputeran? hah! wat aper tu? aku pun tak tahu...


Saturday, April 2, 2011

Sepetang di Pantai Merdeka

Anak2 pegi Pantai Merdeka dgn pakcik & family...sajer je ambik angin...haku tak pegi pun sbb hari kerja...........

Dania dgn aksi vidal sasson nyer....hehehe

Tak dpt ikan pun....bosan mancing...

Depa ni don menyicah pelam sakann!!

Cuba test air laut ni sket....

Air tgh pasang nie...

Finally nak rendam juga! Mak aku dah cekak pinggang...hehehe

Sunday, February 27, 2011

Lata Mengkuang Sik



Entry ini adalah sambungan dari entry sebelum ini...

Slps penat lelah sopink anggur kami berpatah blk dan singgah di Lata Mengkuang. Ini adalah pertama kali juga bg aku pasal selalunya sejak kecik aku hanya dok ulang p Lata Bukit Hijau dan Lata Bayu. Kira ok jugak lah Lata Mengkuang ni...aku suka sbb tmp dia bersih...time aku p laa...

Biasalah bila mai tmp mcm ni...anak2 mesti lah syok main ayaq..semua pakat tak mau naik mkn..apatah lagi nak blk...lebih kurang 2 jam saja di sana..kami pun blk mengikut haluan masing2..........sekian..

Sunday, February 20, 2011

Ladang Anggur Empangan Berih, Sik, Kedah

Cantik gak tempat ni....dah lama dah ladang anggur ni dibuka sejak 2007...bukannya jauh sgt pun dari rumah aku nak ke Sik..tergerak hati nak p pun sbb ada rombongan cik kiah dr Kulim singgah rumah pastu ajak p sekali...mmg betui cik kiah pun, pasal nama dia Zakiah...hehe

Kawasan sini agak panas....masuk dlm ladang lagii panas cos kawasan tu kawasan tertutp..ada bumbung dan net semua...angin tak masuk.... yg paling laku kat situ mak cik yg jual air buah anggur lah...sorang mesti minum 2 cawan..masa smp dan masa keluar dari vineyard tu..aha luper plak..entrance fees rm3 for adult and rm1.50 for kids..

Buah anggur kat sini tak sama mcm kat supermarket@pasar malam.. dia agak rangup..ada mcm2 jenis gak kt sini....500 gram rm12.50 ada gak yg rm10 yg kecik sket..aku angkut sekilo je haritu sbb tak larat nak bayar...

So semua gambar anak2 aku n mak aku jer....aku tak der dlm gmbar...low profile..hehe

Selepas aku rasa tak smp 1/2 jam kt dlm tu, dgn perpeluhan luar biasa telah berlaku pada kak ida hehe...kami pun keluar dan menjalankan aktiviti biasa gosipan diladang anggur...hahaha...
lps dan merasa anggur yg dibeli dan meneguk air anggur berbotol2 dan bercawan2..........kami pun beredar...sebelum tu singgah tepi Tasik Berih ambik gambar.................

Dania & Eisha with friends....


Friday, November 2, 2007

The Carnival Themepark Sg Petani - 6 Syawal


Ermm this was the 2nd time we spent time there... it was a bit bored for me but of course for my doters and my brother it was a memorable & enjoyable time.. Dania was very scared at first when I put her inside the 'pelampong'.. but then sampai tak mau naik nak berendam dlm air ajer.. tak bagi aku pegang dia plak tu!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates