Tengahari ni sempat aku update blog sambil2 dok potong sayur nak masak. Aku teringat resepi soto officemate aku (namanya Kak Fiza) yg mmg sedap aku tak penah jumpa kt kedai! so nak share di blog aku ni.
Kuah Sup Soto:
(utk +- 34 ketul ketupat mini Adabi/Nona)
5 liter air
4 ekor rangka ayam
200 ml minyak masak
800 gram bawang besar
3 labu bawang puteh
6 inci halia
7 paket kecil perencah sup (serbuk) Adabi
Garam secukup rasa
Caranya:
Rebus rangka ayam bersama-sama air sehingga ayam masak
Kisar bawang besar, bwg puteh dan halia
Tumis bahan kisaran dgn minyak masak dlm periuk/kuali yg berlainan
Apabila bhn kisaran teah cukup masak, masukkan perencah sup, kacau rata
Masukkan bhn2 tumis trsebut ke dlm periuk rebusan ayam tadi
Didihkan lagi rebusan tadi
Masukkan garam secukup rasa
Bahan utk Pegedil Kentang:
(Bole dpt +-20 ketul pegedil berdiameter 5cm dan tebal 1cm)
1 kg ubi kentang
Daun sup secukupnya (hiris halus)
Bawang goreng (buat sendiri tau) secukupnya
1 biji telur kuning sahaja
1 biji telur
1/2 paket perencah sup adabi
Minyak masak secukupnya
Caranya:
Buang kulit kentang dan belah emapt kentang
Goreng kentang dlm minyak penuh
Apabila kentang telah empuk, tumbuk
Masukkan telur kuning, daun sup dan bawang goreng; gaul rata
Kepal-kepal adunan kentang menjadi bentuk dan saiz yg kita suka
Panaskan miny masak, celup kepalan pegedil dlm telur dan goreng hingga warna keemasan
Cabai Kicap:
Segenggam tangan lada kecil hijau
3 ulas bwg puteh
3 camca besar gula pasir (kalau pedas tmbh gula lagi)
5 camca besar kicap masin
Sedikit air masak
Caranya:
Kisar semua bahan
Bahan-bahan lain:
Soo hoon goreng - tips: jgn bash soo hoon, terus goreng
2 ekor ayam (belah ayam) - rebus sekali dgn rebusan sup tadi kemudian carik-carik isi ayam tu
Taugeh - tak perlu celur
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Okeh selamat memasak!! Ada pertanyaan bole ajukan ya!




